Rabu, 15 Juli 2009

TERMS & CONDITION APPLY!

1) Pertandingan Filem Pendek

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang mahu mengetengahkan bakat dalam pembikinan filem pendek.

2. Setiap angkatan dikehendaki menyediakan 1 filem pendek selama 20 minit.

3. Tema filem adalah Emosi, Ekspresi, Seni”.

4. Pengambaran boleh dilakukan selepas promosi dijalankan oleh pihak penganjur.

5. Filem pendek yang telah disiapkan haruslah dihantar dalam bentuk CD selewat-lewatnya 2 Oktober 2009.

6. Sinopsis dan senarai pelakon beserta krew harus dihantar selewat-lewatnya 2 Oktober 2009.

7. Pengunaan pelakon tidak diterhadkan kepada pelakon Malaysia sahaja. Anda boleh menggunakan pelakon-pelakon dari negara lain juga.

8. Filem pendek yang dihasilkan haruslah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Pihak penganjur berhak mengambil apa jua tindakan termasuklah membatalkan penyertaan jika ada.

9. Suntingan atau editing adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing.

10. Trailer dan softcopy poster perlu diserahkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh Tayangan Perdana.

11. Setiap filem pendek akan dinilai melalui :

à Kreativiti(editing/suntingan)

à Jalan cerita

à Pilihan penonton

12. Terdapat 9 anugerah yang akan di pertandingkan:

à Filem pendek terbaik

à Filem pilihan penonton

à Pengarah terbaik

à Suntingan/editing terbaik

à Pelakon lelaki terbaik

à Pelakon wanita terbaik

à Pelakon pembantu lelaki terbaik

à Pelakon wanita terbaik

13. Penyertaan masih lagi TERBUKA sehingga tarikh yang akan dimaklumkan

14. Hadiah UTAMA bagi filem pendek terbaik adalah Rp 500.000 dan trofi bagi setiap kategori lain.

new!

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2) Pertandingan Puisi

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam puisi.

2. Setiap angkatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 karya. Pemberian karya lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Karya yang dihasilkan haruslah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Pihak penganjur berhak mengambil apa jua tindakan termasuklah membatalkan penyertaan jika ada.

4. Puisi haruslah bertemakan Emosi, Ekspresi, Seni”

5. Karya hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2009

6. Hadiah UTAMA adalah Rp 100.000 beserta trofi.

7. Puisi yang terbaik akan dideklamasikan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

8. Penyertaan masih lagi TERBUKA sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

new!

-jenis puisi yang akan dipertandingkan adalah sajak

-panjang puisi haruslah tidak melebihi 150 patah perkataan

-semua karya adalah original dan tidak meniru mana-mana pihak. jika ada sebarang penipuan,pihak jawatankuasa berhak membatalkan penyertaan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan


3) Pertandingan Lirik Lagu

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam penciptaan lirik lagu.

2. Setiap angkatan WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 2 karya. Pemberian karya lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Karya adalah bertemakan Emosi, Ekspresi, Seni”.

4. Karya yang dihasilkan haruslah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Pihak penganjur berhak mengambil apa jua tindakan termasuklah membatalkan penyertaan jika ada.

5. Karya hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2 Oktober 2009.

6. Lirik lagu yang terbaik akan diperdengarkan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

7. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 30 JUN 2009.

8. Hadiah UTAMA adalah Rp 100.000 beserta trofi

new!

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.


4) Pertandingan Arca

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam pembuatan arca.

2. Setiap angkatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 arca. Pemberian arca lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Arca adalah bertemakan Emosi, Ekspresi, Seni”.

4. Pembuatan arca dibenarkan menggunakan apa sahaja bahan.

5. Hadiah UTAMA adalah Rp 100.000 beserta trofi.

6. Arca-arca akan di persembahkan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

new!

-peserta boleh menggunakan semua bahan.tetapi bahan yang WAJIB adalah plastisin dan tin

-karya haruslah bersifat original dan tidak meniru mana-mana pihak.jika terdapat penipuan,pihak jawatankuasa berhak membatalkan penyertaan

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

5) Pertandingan Fotografi

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam fotografi

2. Setiap angkatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 karya. Pemberian karya lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Peserta diwajibkan menghantar gambar atau foto yang telah diambil dalam bentuk hardcopy dan softcopy kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2009.

4. Foto hendaklah bertemakan “Emosi, Ekspresi, Seni”.

6. Hadiah UTAMA adalah Rp 100,000 beserta trofi

7. Foto-foto akan dipamerkan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

new!

-kerja mengedit hanya boleh dilakukan dalam keadaan offline(adobe,paint dsb.)

-mengedit menggunakan mana-mana laman web adalah tidak sah

-suasana foto haruslah di sekitar jatinangor.ini bagi mengelakkan penipuan.

-karya haruslah bersifat original dan tidak meniru mana-mana pihak.jika terdapat penipuan,pihak jawatankuasa berhak membatalkan penyertaan

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.




2 komentar:

  1. Perkara 4-Pertandingan Arca
    mm,sejujurnya saya merasa berat&x rasa apa2 signifikan kbaikan drpd kewajipan pemakaian plastisin dan tin sbg bahan wajib (meskipun anda akan mngatakannya bukan bahan utama)
    sejiirnya bagi saya pengwajiban bahan terseut bakal mbantutkan kretiviti peserta sebab-
    1)plastisin mudah terbentuk atau hilang bentuk aslinya-means-saya rasa banyak peserta akan membuatnya ketika di rumah ketika musim cuti ini-maka mereka akan membawa pulang k indonesia semula mgkin di dalam kotak yg dimasukkan k dalam bagasi@sbg hand luggage-getaran&goncangan yg dhadapi oleh arca yg terbuat drpd plastisin akan rosak scra x sengaja-bahkan bahan yg terbuat drpd plastisin juga rentan kpd haba-dan pnyimpanan dlm masa yg lama bakal meroskkan warna dan keutuhan aslinya
    2)sejujurnya saya mgkin akan mgunakan tanah liat sbg bahan utama&mgkin satu2nya bahan [slain cat klu rajin nk colourkan]dan bg saya pgunaan plastisin dan tin bakal merusak keaslian karya saya
    3)bg yg hendak mngukir atau membuat arca drpd kayu ataupun plaster of paris-bg saya kedua2 bahan ini bakal mengganggu karya mereka juga kerna bahan tsebut lain warna dan sifatnya
    4)kbanyakan arca yg tcipta dluar sana x diperbuat drpd lebih drpd satu bahan yang berlainan sifatnya-saya x merujuk kpd erti arca d dlm kamus-ttapi hakikatnya xpernah lagi saya lihat ada gabungan 2 benda utama dalam satu arca [tidak termasuk base, frame, kain, plastik atau kaca yg menutupi atau menjadi lantai arca tersebut]
    5)jika kita lihat pd pbinaan-Islamic Architecture[IA]-yg lepas,ada logiknya pengwajiban bahan2 tersebut kerana scara kseluruhan bahan2 tersebut sesuai dan mnepati konsep yg dianjurkn kranaan pembinaan bgnan yg umum jg kita lihat di pameran2 rumah@bgnan meliputi banyak bahan-tidak terhad kpd satu bahan dan tema sampingan IA juga ingin mempergunakan kembali bahan2 terbuang-tetapi d sini-plastisin ternyata bukanlah salah satu bhn yg dikira sbg bahan yg terbuang
    kesimpulannya,saya mohon kepada pihak penganjur agar membiarkan semua peserta bebas mempergunakan apa jua jenis bahan agar karya yang terhasil lebih pelbagai rupa dan menarik

    BalasHapus
  2. pertama sekali sy ucapkan jutaan terima kasih kepada kerabat astana atas cdgn yg ckup membina.signifikan knpa kami mewajibkan pggunaan plastisin dan tin adalah kerana utk mengelakkan penipuan dlm penghasilan karya kerana ada cdgn lain sebelum ini yg mengatakan syarat utk arca tidak cukup ketat.walaubagaimanapun,kami pihak jawatanuasa amat menghargai cadangan dr kerabat astana.insyaallah kami akan datang kembali dgn penambahbaikan dalam tempoh terdekat.terima kasih dan teruskan menyokong.jumpa anda di malam kemuncak!

    BalasHapus