Selasa, 06 Oktober 2009

WE'RE BACK!!!

salam seni untuk semua unpadians..
kami kembali dengan nafas yang baru.untuk pengetahuan semua,borang baru akan dikeluarkan dan diberikan pada setiap ketua angkatan.di dalam borang pernyertaan baru,terdapat tarikh tutup yang telah ditetapkan iaitu 13 hb oktober 2009.
semua batch diminta bersedia dengan filem pendek masing2 untuk tayangan perdana pada 16.10.09.thanx!!!

Senin, 20 Juli 2009

PERTANDINGAN ARCA!!

Hey guys!!
kami kembali dgn yang terkini...hehe
bagi pertandingan arca,pihak jawatankuasa telah membuat sedikit penambahbaikan pd syarat2 pertandingan..
1)berkaitan dgn bahan-bahan utk membuat arca,arca haruslah diperbuat drpd bahan2 yang berunsurkan flora contohnye kayu.penggunaan plastisin daan tin TIDAK DIWAJIBKAN lagi.

sekian...

Sabtu, 18 Juli 2009

SETIAP CADANGAN ANDA AMAT BERHARGA!

salam kepada seluruh teman2 UNPAD!!
kami amat menghargai apa jua saranan, cadangan dan kritikan daripada anda untuk membantu penambahbaikan MAISEN 2009!!teruskan menyokong dengan melawat blog kami!!

Rabu, 15 Juli 2009

TERMS & CONDITION APPLY!

1) Pertandingan Filem Pendek

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang mahu mengetengahkan bakat dalam pembikinan filem pendek.

2. Setiap angkatan dikehendaki menyediakan 1 filem pendek selama 20 minit.

3. Tema filem adalah Emosi, Ekspresi, Seni”.

4. Pengambaran boleh dilakukan selepas promosi dijalankan oleh pihak penganjur.

5. Filem pendek yang telah disiapkan haruslah dihantar dalam bentuk CD selewat-lewatnya 2 Oktober 2009.

6. Sinopsis dan senarai pelakon beserta krew harus dihantar selewat-lewatnya 2 Oktober 2009.

7. Pengunaan pelakon tidak diterhadkan kepada pelakon Malaysia sahaja. Anda boleh menggunakan pelakon-pelakon dari negara lain juga.

8. Filem pendek yang dihasilkan haruslah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Pihak penganjur berhak mengambil apa jua tindakan termasuklah membatalkan penyertaan jika ada.

9. Suntingan atau editing adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing.

10. Trailer dan softcopy poster perlu diserahkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh Tayangan Perdana.

11. Setiap filem pendek akan dinilai melalui :

à Kreativiti(editing/suntingan)

à Jalan cerita

à Pilihan penonton

12. Terdapat 9 anugerah yang akan di pertandingkan:

à Filem pendek terbaik

à Filem pilihan penonton

à Pengarah terbaik

à Suntingan/editing terbaik

à Pelakon lelaki terbaik

à Pelakon wanita terbaik

à Pelakon pembantu lelaki terbaik

à Pelakon wanita terbaik

13. Penyertaan masih lagi TERBUKA sehingga tarikh yang akan dimaklumkan

14. Hadiah UTAMA bagi filem pendek terbaik adalah Rp 500.000 dan trofi bagi setiap kategori lain.

new!

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2) Pertandingan Puisi

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam puisi.

2. Setiap angkatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 karya. Pemberian karya lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Karya yang dihasilkan haruslah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Pihak penganjur berhak mengambil apa jua tindakan termasuklah membatalkan penyertaan jika ada.

4. Puisi haruslah bertemakan Emosi, Ekspresi, Seni”

5. Karya hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2009

6. Hadiah UTAMA adalah Rp 100.000 beserta trofi.

7. Puisi yang terbaik akan dideklamasikan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

8. Penyertaan masih lagi TERBUKA sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

new!

-jenis puisi yang akan dipertandingkan adalah sajak

-panjang puisi haruslah tidak melebihi 150 patah perkataan

-semua karya adalah original dan tidak meniru mana-mana pihak. jika ada sebarang penipuan,pihak jawatankuasa berhak membatalkan penyertaan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan


3) Pertandingan Lirik Lagu

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam penciptaan lirik lagu.

2. Setiap angkatan WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 2 karya. Pemberian karya lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Karya adalah bertemakan Emosi, Ekspresi, Seni”.

4. Karya yang dihasilkan haruslah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Pihak penganjur berhak mengambil apa jua tindakan termasuklah membatalkan penyertaan jika ada.

5. Karya hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2 Oktober 2009.

6. Lirik lagu yang terbaik akan diperdengarkan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

7. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 30 JUN 2009.

8. Hadiah UTAMA adalah Rp 100.000 beserta trofi

new!

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.


4) Pertandingan Arca

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam pembuatan arca.

2. Setiap angkatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 arca. Pemberian arca lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Arca adalah bertemakan Emosi, Ekspresi, Seni”.

4. Pembuatan arca dibenarkan menggunakan apa sahaja bahan.

5. Hadiah UTAMA adalah Rp 100.000 beserta trofi.

6. Arca-arca akan di persembahkan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

new!

-peserta boleh menggunakan semua bahan.tetapi bahan yang WAJIB adalah plastisin dan tin

-karya haruslah bersifat original dan tidak meniru mana-mana pihak.jika terdapat penipuan,pihak jawatankuasa berhak membatalkan penyertaan

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

5) Pertandingan Fotografi

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MALAYSIA yang ingin menonjolkan bakat dalam fotografi

2. Setiap angkatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 karya. Pemberian karya lebih daripada 2 adalah dibenarkan.

3. Peserta diwajibkan menghantar gambar atau foto yang telah diambil dalam bentuk hardcopy dan softcopy kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2009.

4. Foto hendaklah bertemakan “Emosi, Ekspresi, Seni”.

6. Hadiah UTAMA adalah Rp 100,000 beserta trofi

7. Foto-foto akan dipamerkan pada MALAM INSPIRASI SENI(MAISEN)

new!

-kerja mengedit hanya boleh dilakukan dalam keadaan offline(adobe,paint dsb.)

-mengedit menggunakan mana-mana laman web adalah tidak sah

-suasana foto haruslah di sekitar jatinangor.ini bagi mengelakkan penipuan.

-karya haruslah bersifat original dan tidak meniru mana-mana pihak.jika terdapat penipuan,pihak jawatankuasa berhak membatalkan penyertaan

-penyertaan masih lagi dibuka sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan

-keputusan juri adalah muktamad. sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.




MAISEN'S ALL ABOUT!





MAISEN atau “Malam Inspirasi Seni” yang dianjurkan oleh PKPMI-CB dan Kelab UMNO Bandung (KUBI) akan berlangsung dari bulan Mei hinggalah Oktober 2009. Dengan bertemakan “Emosi, Ekspresi, Seni”, acara ini bakal mengetengahkan bakat-bakat para pelajar Malaysia melalui pertandingan:
  • FILEM PENDEK
  • PUISI
  • LIRIK LAGU
  • ARCA
  • FOTOGRAFI

*setiap karya-karya akan diadili oleh juri-juri yang professional…


Selain itu, pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di MAISEN 2009 ini menawarkan hadiah-hadiah yang tak kurang menariknya, iaitu hadiah wang tunai sebesar Rp 500.000.


Pertandingan-pertandingan ini adalah terbuka kepada semua angkatan di mana setiap angkatan wajib menghantar wakil masing-masing. Jadi, bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi wakil angkatan masing-masing dan setiap angkatan dikehendaki menghantar penyertaan selewat-lewatnya 30 Jun 2009.Walaubagaimanapun,penyertaan akan diteruskan sehingga suatu tarikh ditetapkan.Teruskan sertai!!

*hanya borang penyertaan sahaja, tarikh akhir ubtuk menghantar karya-karya untuk pertandingan-pertandingan yang disebut di atas akan diumumkan nanti


Jadi, tunggu apa lagi? Hubungilah wakil-wakil angakatan anda dan meriahkan lagi MAISEN 2009 beramai-ramai. Marilah kita bersama-sama mengekspresikan emosi dengan seni…


See You All In Oktober Malaysians!


Wakil-wakil angkatan:

Angkatan 2008:

Mohd Hairul Fitri

Siti Khadijah

Angkatan 2007:

Siti Aisyah Binti Jalaluddin

Maisara

Angkatan 2006:

Adi

Irika

Angkatan 2005:

Nabihah

FKG dan Farmasi:

Nur Liyana ( Farmasi 07)

Nurwina Nabila Iqmal (Farmasi 08)

Nor Dayana ( FKG 07)